It's about my all - myself, family, friends, career and especially stories about my five kids....
Categories
Monday, April 20, 2015
welcome back!!
Friday, August 26, 2011
Aidilfitri ini....
26 Ramadhan 1432H / 26 August 2011...
Sama tarikhnye kali ini, dan sangat, sungguh cepat Ramadhan hampir keakhirnya ...
begitu juga dengan kehidupan kita...macam keluarga FT juga berkembang pesat...
sengaja saya mengumpul gambar2 raya keluarga....
Maaf saya keluarga hulurkan untuk semua...entah sempat tak kita berjumpa Ramadhan
akan datang lagi ye...kadang2 sangat sukar kita hendak meminta maaf apa lagi
memaafkan orang2 yg bersalah dan melukai hati kita....lebih2 lagi jika luka itu
sangat dalam...only time can heal and cure....
Apabila kita dah melakukan yang terbaik, tetapi pada orang2 lain kita masih bersalah
dan terus ingin "berperang" biarpun maaf telah dipinta ..serahkanlah urusan itu pada
Allah SWT, sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha mengetahui...
eftie : Meminta maaf itu mulia, lebih mulia lagi jika kita memaafkan .....
Tuesday, September 7, 2010
Air Mata Syawal ...Aidilfitri ini
Sayu...
Hati ini makin sayu
Rindu...
Terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda
Bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia
Hari raya
Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan
Ku ingin berulang
Manisnya bersama
Menyambut hari bahagia
Jarak memisahkan
Rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata
Duhai ayah bonda
Ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata
Dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tak berubah
Lama ku tunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Air mata jatuh berlinangan...
eftie : Hanya yang mengerti sahaja yang tahu akan perasaan ini
Memanglah anak-anak dan suami penawar duka..
.....
Tuesday, August 24, 2010
Yang Mengasuh Tiga Puterinya
"BARANGSIPA MEMELIHARA TIGA ORANG PUTERINYA, IA BERIKAN PENDIDIKAN KEPADA MEREKA,
DAN IA KAWINKAN SEMUANYA, DAN BERBUAT BAIK KEPADA MEREKA, MAKA BALASAN BAGINYA ADALAH SYURGA." - Hadits
Ini adalah satu keuntungan besar bagi yang punya anak perempuan tiga apalagi lebih, insya ALLAH sekalipun seorang sahaja, juga pahala ia dapati. Asalkan saja betul-betul ia dididik, lalu ia kawinkan, dan terus ia berbuat baik terhadap mereka. Seandainya suami mereka (menantu-menantunya) dalam keadaan susah ia bantu.
ALLAH menjadikan manusia dengan ketentuan rezekinya. Siapa banyak anaknya banyak juga rezekinya, dan banyak pula pahalanya.Didiklah mereka dengan ajaran yang diredhai ALLAH.....
Source : SIAPAKAN YANG MEWARISI SYURGA, DAN YANG MEMASUKI NERAKA
P/S eftie - Kak Long & Kak Ngah give me the book n ask me to read, consist of 84 hadits..siap pesan jagn tiggal satupun....
Thursday, July 8, 2010
My Sweet Blossom..last childhood birthday 8.7.2010
Mengenang dari detik kelahiran hingga 12 tahun dia kini...
Thursday, November 19, 2009
My only son in sehati berdansa..
Really proud of you my son!! Tarian Chicken Dance, he he siap couple2, nasib baik tak kena pakai texedo anak Mama..si couple tu namanya Shasha..comel gitu, maafla anak lelaki sy tak biasa pegang2 nih..bukan muhrim...
Cayala...berani n boleh menari ...( tak kisahla cikgu letak hjg sekali...skill msh kurang)...Tapi Mama tetap doakan Abang berjaya jadi arkitek seperti yang abang cita-citakan...ustaz jgn lupa...the ustaz arcitect gitu..Amin
Video di rakam pd hari konvokesyen di UIA ahad lepas 15/11/2009, konvokesyen tadika abang n tahun depan abang akan masih di sana - TADIKA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ ( TISAAS ).
Insyallah dlm catatan akan dtg kita story pasal TISAAS & SRISAAS.
- Mama, Sri Gombak
Tuesday, June 30, 2009
Children Learn What They Live

If children live with criticism, they learn to condemn.
Copyright © 1972 by Dorothy Law Nolte
Eftie ; Parent always want the best for thier children ; but we have to ensure it is the right method . Learn...Sri Gombak
Tuesday, May 19, 2009
Psikologi keibubapaan from Pn Noraini Ahmad(UIAM)
Malam tadi mengemas2 nak cari document utk buat recruitment checklist/form ( keje lagi..komited u!) terjumpa lah presentation material nii, dlm hardcopy la, ingat balik benda ini masa kat EM dulu buat program 3K - keluarga, kerjaya n kecemerlangan..tahun 2005 klu tak silap! ingat lg team HR ( Azleena/Hana/Mas/Kak Umi/Cema/Rozen/Suzen/Suila ) buat projek ni, hasilnya mmg best, So one of the speaker yg kami pggl ialah Pn Noraini Ahmad, kaunselor UIAM.
Memandangkan ke4-4 anak2 ku yng sekarang ni senang membesar,artikel ni byk benor pekdahnya utk dishare ...
Secara ringkasnya :
3 strategi mengukuh hubungan ibu-bapa-anak
1.Ibu bapa profesional 2. Komunikasi 3. Pendekatan Psikologikal
- Gembira, tenang, selesa ketika berada di rumah (klu blh kerjapun dr rumah)
- Seringkali bergurau senda dengan anak-anak
- Keluarga hormat-menghormati antara satu sama lain
- Terima kehadiran atau kunjungan rakan anak-anak (jarang, org KL tak kot, kat Bentong dulu tak larat nak terima )
- Lebih mendengar daripada mengkritik
anak2 I pebgkritik hebat, kalah pengkritik AF)
- Elak pertelingkahan di hadapan anak-anak ( ho-ho..takdela yg besar2, bengang2 tu biasala )
- Kadang kala bawa pulak hadiah (petang mesti ada buah tgn punya la )
- Usap kepala tanda amhil berat ( emm..jarang buat yg ni.)
- Gembira melihat anak2 membesar ( memang happy siap tambah, dan tambah..)
- Makan bersama anak2 ( jgn lupa doa sblm & slps.."allahhuma bariklana..:DIK PINK")
- Berwajah ceria ketika berbual ( senyum!)
- Memahami perasaan anak2..
4 Konsep Mendidik
Lakukan untuknya => bantu ia melakukannya=> Perhati ia melakukannya=> Biar ia melakukannya sendiri
Dasar-dasar Medidik ( mengikut Islam & sunnah Rasulullah )
7 tahun pertama ; Bermain ( Princess PINK & Duke FAHIYM)
7 tahun kedua ; Mendisiplin ( Dear SHA & Sweet Blossom HUSNA)
7 tahun ketiga ; Sebagai kawan ( very soon..Sweet Blossom HUSNA)
7 tahun keempat; sebagai dewasa
Mengariskan Peraturan
Arahan Mudah, Beri Sebab, Beri Akibat
Menguatkuasakan Peraturan
Ganjaran, Amaran, Denda & Diamkan
Syarat - Tegas, Konsisten, perikemanusiaan
Hukuman
- Tidak dikenakan kepada nak kecil kurang dari 1 tahun
- Perlu diberi secepat mungkin, iaitu setelah kesalahan dibuat
- Kanak2 perlu faham sebab2 hukuman diberi
- Hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan
SEKIAN - Amal-amalkan & Selamat Beramal...eftie_kbc_SHKL
Thursday, January 8, 2009
Anak-anakku yang empat

Salam,
Ini adalah coretan pertama untuk tahun 2009 selepas 7-8 hari berganjak ketahun baru.
Sebenarnya, mengakhiri tahun 2008 adalah sesuatu yang FT nanti-nanti..bukan apa terlalu banyak benda2 penting berlaku dalam tahun tu..sangat mencabar dan alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya.
So untuk topik pertama, i would like to talk about my kids ( they are my strength ..)
Tahun 2009 ini ..
My Beauty One WAN FARHAH HUSNA@Kak Long/Una masuk Std 5
My Dear WAN FIRSHA HUMYRAH@Angah/Shasha Std 2
My Only Son WAN FAHIYM HUZEN@Abang start his kindergarten
My Little Princess WAN FIRNAS HURYNNUHA@Dik Pink sian dok umah no friends..
So, start je sekolah, memang terasa sangat kesibukannya, takde masa untuk melayan diri sendiri ( I mean masa membelai diri sendiri n buat something utk reward ourself ) but it ok coz mum always put their children as top priority..
Bukan itu saja, perbelanjaan pun bertambah so memang kena baget betul-betul...
Now, even jarak rumah ke sekolah dekat, a walking distance but for safety purpose, tak sanggup nak lepaskan sahaja, kita taulah masa sekarang, mana ada selamat, biarlah berbelanja lebih sikit janji selamat..
Begitu juga dengan dilemma samada nak hantar si Abang tu Tadika gomen or private..kalau nak save hantar je Tadika Perpaduan or Kemas but then puas hati kah kita dengan hasilnya..so I decided to send him to private, yuran dia toksah cakaplah RM berapa..bukanlah nak berlagak but for me education is something u cannot tolerate..also based on my exp htr K/long to Tadika Kemas n Angah to Smart Reader,
lain sekali produk keluarannya, the investment is worth enough, somemore it is for their future..
Anyhow..I do hope 2009 will be a better year for every body yaaa..
"KEHIDUPAN ADALAH UNTUK DINIKMATI, KETIKA SENANG DENGAN KESYUKURAN, KETIKA SUSAH DENGAN KESABARAN, INSYALLAH DIBERKATI & DIPERMUDAHKANNYA..AMIN"
Tuesday, December 2, 2008
Work-Life Balance?
Untuk sesiapa yang dah berkahwin apa lagi yang dah ada anak, 1, 2, 3, 4 mcm FT mesti struggle utk balancekan..betul ke ada nak balance work n life..takdelah bende ni, FT rasa klu u all nak membalance itula yg menstresskan korang esp to the ladies..
bapak-bapak, abang-abang jgn marah he..itulah hakikatnya..
My ladies friends,
Dari pengalaman FT apalah guna kita excellent di tmpt kerja tapi dek kerana kesibukan kita, kekomitedtan ( ada ke word ni ? ) , nescaya akan membawa stress ke rumah..pro mana pun kita..n evetually, akan effect performance kita as a mother n a wife/husband..bila otak dan badan dah penat, balik byk lg benda nak buat memasak, laundry, etc, etc..jadi korang faham..don't stress ur self..relax..
Jika satu hari u need to choose antara career n anak2, pilihlah anak2, sebab kerja lain boleh di cari tapi anak2 itu jelah..ingat hari ini umur anak 1 tahun 10 bulan,( umur Adiq Pink ) esok lusa dah umur lain, silap2 tak sedar dah besar dah anak dara, macam FT anak sulung dah besar, mcm tak caya..( sori! Kak Long)
Ginilah..FT punya rumusan..kalau nak balance tu takdelah sbb most n always our famili our kids r our priority..kita kerja sebab depa apa..yelah untuk duit shopping kita tu sampingan je..tapi bila di tempat kerja berilah yang terbaik..nanti boss marah..sebenarnya jd boss ni susah, boss bukan free2 nak marah anak buah, dia nak semua hasilkan yang terbaik, kita kena faham, nanti u all jadi boss baru tau!
Masa dengan anak2 berilah yang terbaik, remember quality time is not bawak your kids pergi holiday..quality time is suppose everyday..walaupun sekejap jgn lupa berdoa utk mereka jd anak yg soleh/solehah,makan bersama, beri salam assalamualaikum bila tgk depa bgn tidur n sebelum tidur..sembang, peluk n cium mereka setiap hari...
K.Long,Angah,Abang,Dik Pink - Mama&Papa nak jadi yang terbaik untuk kamu semua!
Friday, November 28, 2008
Abah & IJN
Sebelum berakhirnya hari ini 27.11.2008, tarikh sepatutnya Abah kena buat by pass..
tapi entah macamana Abah yg nampak cool,tekad untuk pospone atau lebih tepat lagi cancelled, last minutes lak tu..mesti kerajaan rugi nih... Isnin 24.11..just imagine I got to called IJN to clarify what suppose to do, should we adik beradik, agree je dgn tindakan abah nih..
apa nak buat, apa daya nak paksa..secretary Dr kat IJN tu tak friendly..tu FT yg call klu abah gaknye ditengking2 jek..Yg terharu abah called kat opis bila tau I dah called IJN tu, terharu I! nyway, selepas berbincang adik-beradik, kami follow jek, tawakal lah..ajal maut di tangan Tuhan, kalau nak paksa abah gak, kesian lepas bedah nak tggu recover ( bukan pulih sepenuhnya..) maybe akan ambil masa yg lama sbb abah tak nak...ya Allah, selamatkan abah dan sejahtera hendaknya..
Gambar masa abah bt treatment kat IJN bln 6 itu hari, but operasi "tembek" & "letak sangga" tak berjaya sebab dah tersumbat...
moral : -
1.Kami adik beradik nih, takdelah kaya blh buat by pass tu, tapi my twin sis Cikgu, so kira kerajaan tanggung, korang make sure one of your sibling or anak2 keje gomen
2.Jgn hisap rokok, merbahaya, Abah wpun tak pernah sakit teruk , bila kena attack terus ke IJN n kena br by pass
3.Buatlah keputusan , kerana apa yg kita decide tu insyallah yg terbaik buat masa itu, buat utk kemudian hari..jangan dikesali..apa yang terjadi tu ada hikmah nya , minta petunjuk dariNya
4.Jangan disia-sia masa bersama ibubapa, semasa hayat mereka ada...
Me, My Self & I ...
- eftie
- I just wanna give the BEST of me to MY ALL....Ya ALLAH, permudahkanlan urusan kami... Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,,dan hanya engkau tahu yang terbaik untuk kami...
Popular Posts
-
hello anybody home? dah lama tak menulis .. last dr langkawi feb2012 kan.. oh except posting fil passed away last year aug/sept... Selain...
-
- eftie's paradise- Petua Pindah Rumah / Rumah Baru.... At last kami sefamili akan pindah jua pada 27.11.2009 sempena aidiladha, insyal...
-
Ya..Allah, hanya diri Mu yang mengerti syahdunya hati ini menyambut Ramadhan tanpa ABAH yang tersayang lagi.. Terbayang juga kerinduan EMAK ...





