Thursday, February 26, 2009

Alam kehidupan ku yang lagi satu..

i am not only have two lifes - family & career ..but i have another life..as a student on part time basis. Kira hidup tiga alam lah! Aku belum lagilah sampai tahap buat master or Phd ( insyallah lepas nih ),aku baru je 1st degree@OUM kelas kat UNISEL, kira aku ni pun dah ada dip,degree, master n Phd iaitu jumlah anak-anak aku..he ! he ! tulah now selepas berhempas pulas melahirkan kuota yang secukupnya i konsentrate study..


- gambar WAN FIRNAS HURYNNUHA, 2 years (2009)

Patutnya 2009 ni aku dah final year tapi Aku dah cuti dekat 2 tahun masa pregnant anak last aku ( tu yang serius kat atas tuh )..yelah yang dahulu didahulukan...

Hehh ( mengeluh sikit ...) hari ni bila jadual final keluar aku jadi tak keruan, baru sedar dah 2 bulan sems baru tapi buku2 cuit sikit-sikit,now sapa yang susah!Padahal, last sems dah dapat pengajaran yang sama, tak insaf gak..

6 dan 7 March ni aku ada Mid Term Exam
13 March deadline for assingment
1,2 & 4 April Final Exam

Parah gua!!

Kalau fikir2 kenapa la aku susah2 kan kepala dengan study lagi?? Nak naik pangkatlah tu, itulah yang kita akan disogokkan bila orang tahu..jangan risau..bila pi kelas weekend, ramai geng kita...memang now i can say dah ramai yang sedar keperluan belajar utk meningkatkan nilai diri, byk U yang bt part time, KLK, PJJ khas utk org belajar, no matter u TUA or not ??

Aku ada simpan satu pepatah Inggeris which I think will answer the reason why should I study. "Natural ability will always shine, but QUALIFICATIONS may get you through the door"

Tapi kalau tak ada pepatah tupun, Islam memang menuntut kita untuk menimba ilmu hingga ke liang lahad..bukan setakat ke negeri China..Cakap pasal China tu, simbolik gak..rupa-rupanya sekarang Bahasa Cina tu , I mean yg standard iaitu Mandarin is very important, nak cari kerja nowadays..most requirement nak u boleh chok-chek so camna..kena belajar gak..jangan marah kalau orang tak ambil kaum kita jika itu kekurangan yang boleh diperbaiki..

But, it OK, I always believe Setiap kesusahan tu kemuncaknya adalah kesenangan dan it is never too late to study n better late than never! ...eventually it is to achieve your self actualisation..at last

Di sini aku nak bagi tips bagi yang nak menyambung pelajaran

- Hubby n anak2 yang banyak menyokong, thanks n i luv u all


1.First sekali dapatkan restu dan sokongan suami dan anak2 ( terangkan kenapa Mama/Papa study balik ? ), kalau belum kawin of course la mak ayah, kalau ada adik beradik ni lagi baik..nanti depa akan tolong sikit2..tak kisahlah dr segi moral or monetary

2.Kalau dapat member to start together lagi baik sebab nanti u both akan support each other, nak buat study couple/group pon sonang ( tapi aku lebih suka belajar sendiri )

3.Consult your boss, kalau your co ada polisi yg mengalakkan staff nye belajar, grab the oppurtunities, kalau takde let them know also, but you have to ensure study you tak menjejaskan kerja u all tau..u belajar mesti untuk peningkatan kerjaya kan..

4.Check financial, kalu boleh takyah tambah hutang baru..now yuran blh byr secara instalment, or boleh pakai EPF, kena potong baget shopping tuh..

5.Check keupayaan kita, are you ready, mentally, physically n spiritually? Sebab u kena kuat, tak leh hangat2 taik kambing..n ia akan ambil masa yang lama

6.Pembahagiaan masa - macam aku ada 4 anak, camna tu..well, kena pandai ( he he ) jangan curi time dia org termasuk husband, spend time subuh 1 jam sehari pun ok utk mentelaah, klu study on-line buatla selang smlm..takyah tiap-tiap malam, nanti husband bising beb, faham2 la..

7.Dan last sekali, do the best n ensure you finish what you have start..hanya dengan ilmu kita kan lebih dihormati ..fikir-fikirkan..

GOOD LUCK! to me n to you yang berminat nak menimba ilmu lagi..

Wednesday, February 25, 2009

Tak mungkin kerana sayang




TAK MUNGKIN KERANA SAYANG ( ALYAH )


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


eftie ; i don't like the singer; but i like this song kerana ia memberi jawapan yang jika kekadang teringat orang yang pernah singgah di hati kita ; bukanlah bermakna kita masih sayang, or in love..kerana TAK MUNGKIN KERANA SAYANG! ( Benci adala, tapi mengapa harus membenci? Kena lak cari lagu yang boleh jawab! )

Tuesday, February 17, 2009

Berbaktilah tatkala kau punya mereka




Aku dah lama simpan artikel (dan byk blog yg siarkan..but it is very true..i talk as ibu n anak ) ni dr bln 1 tu hari..tiba2 pagi ni baca news SITI NUR HALIZA..nangis aku, ABAH pun macam ABAH dia..moga ABAH kami panjang umur..

Penuhi permintaan ibu bapa lebih baik daripada jihadOleh Lokman Ismail ( adapt from Groups.yahoo.com/group/mymasjid )


SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

Memberi nafkah.

Andai ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Memberi kasih sayang.

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

Memberi perhatian.

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

Memenuhi permintaan.

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

Melakukan apa yang disukai.

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

Bercakap dengan lemah lembut.

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menghadiahkan kejayaan.

SITI NURHALIZA ADALAH IKON TERBAIK ...yg menghadiahkan kejayaan kepada ibubapa & famili, kemudian barulah mencari cinta..

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

Meluangkan masa bersama-sama.

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya...

eftie : Jika kau rasa ibubapamu pilih kasih terhadap kamu adik-beradik, carilah jawapannya tatkala nanti kau jadi ibu atau bapa, adakah kau membeza-bezakan kasihsayangmu terhadap anak-anak. Berbaktilah tatkala kau punya mereka..jangan dikesali jika mereka nanti meninggalkanmu...TODAY ; 17/02/2009 ( KEPT AS DRAFT :16/01/2009)


Me, My Self & I ...

My photo
I just wanna give the BEST of me to MY ALL....Ya ALLAH, permudahkanlan urusan kami... Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,,dan hanya engkau tahu yang terbaik untuk kami...

Popular Posts