Saturday, December 19, 2009

Dugaan & Ujian.. Maal Hijrah 1431

Alhamdulillah...Hanya ALLAH SWT yg mengetahui akan hikmah disebalik kepayahan ini.

SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENURUNKAN DUGAAN YANG BUKAN PADA TAHAP KETAHANAN SESEORANG ITU

Ya ALLAH, ampunkan lah dosa kami dan ringankan beban dan permudahkan urusan kami sesungguhnya semua itu Mudah bagi_MU

Amin

Thursday, November 26, 2009

- eftie's paradise-


Petua Pindah Rumah / Rumah Baru....

At last kami sefamili akan pindah jua pada 27.11.2009 sempena aidiladha, insyallah majlis kesyukuran akan menyusul pada maal hijrah 1431, sekadar untuk di kongsi bersama apa yang eftie goggle..


1. AzanMelaungkan azan ketika pertama kali masuk opis/umah baru. Ia juga baik bg bangunan yg telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh saper2...Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/umah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yg suka tinggal di umah yg tidak berpenghuni.

eftie : Insyallah Papa n Ustaz Fahiym boleh buat

2. membaca surah Al-BaqarahSebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud;"jgn lah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

eftie : kena buat nihh

3. Banyakkan solat dan membaca Al-QuranDlm sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yg bermaksud;"Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

Insyallah..


4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-IkhlasAmalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.


5. Pagar rumah cara Islam.Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dgn kepercayaan bhw benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bgmanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam.

walahualam.

eftie : penuh keazaman untuk hari mendtg yang lbh baik...

Monday, November 23, 2009

Ghaibmu..IMRAN AJMAIN..dalam Rindu Bertasbih


Biar ghaib mu suatu misteri

Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi

Biar ia bertanda tanya saja

Hati ku dah lama bertitik noktah


Biar, biar lah berlalu

Biar, biar lah begitu

Biar waktu mengubat rindu

Tiada ku mencari sebarang penawar pilu


Biar lah mereka tertanya-tanya

Hati ku dah lama berganti arah


Mana pergi janji Setia di sisi

Hanya aku yang tertunggu-tunggu
Waktu pun berjalan

Tak berkesempatan

Kau hilang tanpa pesanan


Biar ghaib mu suatu misteri

Tiada ku mencari sebarang pembayang lagi

Thursday, November 19, 2009

My only son in sehati berdansa..

Mempersembahkan.............

Really proud of you my son!! Tarian Chicken Dance, he he siap couple2, nasib baik tak kena pakai texedo anak Mama..si couple tu namanya Shasha..comel gitu, maafla anak lelaki sy tak biasa pegang2 nih..bukan muhrim...

Cayala...berani n boleh menari ...( tak kisahla cikgu letak hjg sekali...skill msh kurang)...Tapi Mama tetap doakan Abang berjaya jadi arkitek seperti yang abang cita-citakan...ustaz jgn lupa...the ustaz arcitect gitu..Amin

Video di rakam pd hari konvokesyen di UIA ahad lepas 15/11/2009, konvokesyen tadika abang n tahun depan abang akan masih di sana - TADIKA SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ ( TISAAS ).

Insyallah dlm catatan akan dtg kita story pasal TISAAS & SRISAAS.

- Mama, Sri Gombak

Wednesday, November 11, 2009

MENAHAN KEMARAHAN

i bukanlah orang yang suka marah-marah, bising-bising but when it come to work n I have to answerable to the boss - that might look bad on my performance, I have too..

Maybe sapa2 yg pernah jadi anak buah I dulu faham..

In marriage life also, luckily I n Yang Papa share the same method, silent n tggu sejuk..
takde la nak berperang mulut atau tgn kaki naik or even worst berbaling2 pinggan mangkuk

Petang smlm on the way pi Bkt Kemuning htr adik ipar, drg tazkirah radio mana tak sure, ada ustaz ni habaq tak elok kalau marah2 nih, dia kata org yang tak berapa bijak akan marah2 tak tentu hala sampai keluar kata2 yang tak sepatutnya seperti menghina, dan memandang rendah n tak fikir hati dan perasaan org yang kena marah...ingat la sorang boss dulu yg suka marah2 dan merendahkan capability orang bawahannya..hikmahnya..I know she was bad boss, and I do not want to be her...

Tuesday, October 27, 2009

Kenapa Pekerja nak berenti?

Anda terasa nak berenti kerja? itu normal, selagi anda bernama pekerja dan makan gaji dengan orang..

Sebagai org HR.. benda ni dekat dgn kami, one of our KPI is to reduce staff turnover, tak logik bunyinya...sebab bila staff resign byk sebab - yang tersurat dan tersirat, pull and push factors.

Tapi sebenarnya, orang kerja sebab nak cari duit, nak hidup, nak hidup dengan gembira; tapi kalu sebab dia kerja tu menyebabkan dia tak gembira, tak de makna la duit tu..

Walaupun byk org kata GEN Y sekarang expectation depa lain but sebenarnya apa-apa gen pun, sama paling utama RM + happy!

Korang pernah dengar " we work for company ; we leave because of the boss" - I setuju 50-50.

Boss pun kerja jugak kan, dia pun stress, entah2 dia pun cari keja lain?!

Apa2pun ni tujuh sebab mengapa staff resign yang aku dapat dari satu buku

1 - Kerja atau tempat kerja itu tak seperti yang diharapkan

2- Kerja dan orang tak padan ( salah letak orang la ni..)

3-Tak cukup Feedback & Coaching dari boss/co

4-Tak cukup peluang perkembangan dan kenaikan pangkat

5-Tak cukup dihargai

6-Stress yang berlebih2 ; work-life inbalance

7-Hilang kepercayaan pada management

He he seme tak cukup, yang patut kurang, lebih2 pulak kan, mana la orang tak resigned

So u staff out there ; carilah peluang lain ; but berhenti la dengan cara terhormat dan dalam kedamaian

Boss ; janganlah over2, lebihkan yang tak cukup2 tuhh..

eftie ; berhijrah itu penuh kerahmatan..

Antara kenalan, teman, rakan, kawan dan sahabat


Lama betul tak menulis..


Cuma, sejak berhijrah ke kl almost 2 years ni, antara benda yang byk berubah ialah teman2 sekeliling.. maksudnya dah tukar sekeliling.


Bagusnya bila berhijrah, kita boleh pilih mana member yang kita nak bawa ke kehidupan hadapan...


Dan kita pun akan tahu member2 kita yang mana satu akan masih in contact dengan kita...


Dah 34 tahun menempuh asam garam kehidupan, aku rasa lebih senang dikelilingi kenalan dari sahabat sebab kita tidak tahu yang sahabat ini benar2 sahabat ke?


Dua tiga hari lepas dpt sms dr member lama yang dulu hampir2 berstatus sahabat tp bak I said better kenalan dari sahabat .. but i feel honoured if they anggap me thier sahabat..


eh eh tak bawak hp lak hari , nantilah I mendown load kata2 hikmah tuhh..

Ok ni dia coretannya..

Apabila aku kesepian
hiburlah aku dengan suaramu
Apabila aku sakit
ubati aku dengan rasa kasih sayangmu
Apabila aku mati
mandikan aku dengan air mataku
Apabila aku terkubur
kuburlah aku dalam hatimu
Apabila aku tersesat
selamatkanlah aku dengan doamu
"SELAMAT HARI PERSAHABATAN SEDUNIA"

eftie ; Saya nak jadi sahabat ; tapi sering dikhianati..tak nak lah..

Thursday, July 9, 2009

Mengapa WANITA sangat Istimewa.... ..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dahlewat ni, i nak tido lah....."Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulaklipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendamlepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masaktadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak naksusu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu airmasak, nampak pulak bekas gula dah kosong.....salin la gula...check buburuntuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh. ..ni laukbila ni, semalam....dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkanbaju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidaikaian lap je lah...tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...
baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tvlagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check. ..baju 2 pasang,towel....towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers4 keping....alamak. .telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...oksettle...
ternampak pulak beg g keje....emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah,asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yangtertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hanginje...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...manaflyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nantilupa..ok settle...
Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata naktido.."....." ..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."
masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis laktu....adoi..gosok gigi...smayang. ..pakai toner...pakai treatment cream...naklawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu. ..
bukak almari...emmm. ..pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..checkbaju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni....kat bilik belakang...la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemutdah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskanbaju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...oksettle..
dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."...dalam pada nak masuk kebilik...owh. ..pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok,siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun taktutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umahaku....bukak lampu luar..
ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.. ..ok dah ...
ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel nikejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...takbagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli laskali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam nieh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams....
aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha,ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerjabesok...pg kul 9.30 ade meeting..ahh...boring. ..panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkanmata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatandari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangatni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola puntakde..."... selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agakdah....
So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENABUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...
Hantarkan ke 5 WANITA yang anda rasa hebat...pasti anda disayangi keranamemahami mereka...well, women understand women better...foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dankawan 2 dengan lebih baik lagi...
Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalahistemewa dengan cara mereka sendiri...
Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.....hormat dah hargailah mereka...untukkeperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!

eftie : ni bukanla cite i kay...just want to share my friend forward to me...

Tuesday, June 30, 2009

Children Learn What They Live


Children Learn What They Live

By Dorothy Law Nolte, Ph.D.



If children live with criticism, they learn to condemn.

If children live with hostility, they learn to fight.

If children live with fear, they learn to be apprehensive.

If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.

If children live with ridicule, they learn to feel shy.

If children live with jealousy, they learn to feel envy.

If children live with shame, they learn to feel guilty.

If children live with encouragement, they learn confidence.

If children live with tolerance, they learn patience.

If children live with praise, they learn appreciation.

If children live with acceptance, they learn to love.

If children live with approval, they learn to like themselves.

If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.

If children live with sharing, they learn generosity.

If children live with honesty, they learn truthfulness.

If children live with fairness, they learn justice.

If children live with kindness and consideration, they learn respect.

If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them

.If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.


Copyright © 1972 by Dorothy Law Nolte

Eftie ; Parent always want the best for thier children ; but we have to ensure it is the right method . Learn...Sri Gombak

Thursday, June 25, 2009

Choose to be happy





WHAT makes people happy?

First, having a purpose – which means doing something in your life that has meaning for you, whether it is building a better company, raising happy children or helping to make the world a better place.

Second, having hope – which means you have something to look forward to. Even if your current circumstances are difficult, if you have hope that your effort will be rewarded and that things will improve, you can find happiness.
Happy people accept themselves as they are, so they have peace of mind.
And yes, last but not least, having someone to love.
It is your decision

Happiness is no accident – it is something we choose, says Andrew Matthews, international speaker and author of motivation and personal development classics, Being Happy! and Follow Your Heart.
He says: “Happy people make a decision to be happy in spite of their problems.
“They concentrate on what they have – not on what is missing. They count their blessings. They take maximum responsibility for their life and for their mistakes. They don’t blame others.”
Most importantly, he points out, happy people are more flexible. “They are able to say, ‘If my plane is early, I’m happy. If my plane is late, I’m happy.’
“Their state of mind is determined by their own thoughts, not by outside circumstances.”
Sounds utopian? Not if you can relate this philosophy to the corporate environment. And human resource (HR) departments can help in cultivating a happy people culture.
Says Matthews: “Encourage employees to develop life skills, not just work skills. Encourage healthy working relationships. Encourage honesty in the workplace, and encourage workers to speak openly. Make employees feel appreciated.”
HR can help to build a culture of happy people by introducing principles based on the Being Happy philosophy, he says.
"This can include helping staff to understand how their beliefs affect their experience, how attitudes impact relationships and how communication within an organisation improves as a result of improving how we see things."

Being Happy is infectious
Often, employers wonder if the Being Happy philosophy works in the corporate environment and what its effects are.
Matthews highlights the benefits: “Employees feel more fulfilled. They set personal and professional goals.
“They realise that they do their best not to please their boss, but to make themselves happier. They take responsibility and blame other people less. Companies retain their employees.”
It works by providing employees, managers and executives with the choice and skills to experience work in a happier way, he adds.
However, he admits that though it sounds fairly simple and practical, there are challenges that employers have to deal with.
He says: “One challenge HR may face while introducing the Being Happy culture within an organisation is ‘pushback’ from those who don’t understand the philosophy or value it.
“People tend to resist change. They say, ‘I’m OK. It’s my boss who needs to change.’ Some say, ‘There’s nothing wrong with my attitude.’
“Many people postpone happiness. For example, they say, ‘I’ll be happy when I get a pay rise” or ‘I’ll be happy when that stupid secretary is transferred to another department.’
“Pushback can be resistance simply to the unknown.”
If a HR practitioner experiences this when implementing the Being Happy philosophy, asking better questions will help identify the aspects of the process that are causing concern.
“Being Happy is not focused on fixing a short-term problem or issue. Being Happy is about living life and being excited about the life that we experience.”

Attitude counts
It is all in the attitude, says Matthews.
“I’ll give you an example. Two women turn 50. Mary says, ‘My life is over!’
“Julie says, ‘My life has just begun.’
“Who will be happier? Who will be more successful?”
The laws of happiness and success are like the laws of gravity. They are the same for everyone.
If you continue to see yourself as successful and keep on producing quality work, you will succeed, he concludes.

See yourself as happy, look for good things in life and the people around you, and you will become happier.”

– Source: Straits Times/Asia News Network
Article contributed by author and international speaker Andrew Matthews.

-eftie- ; Not many people recognized HR functions but well..it is about people..and people have many types, that's why HR world is not easy.

June 25'2009, Sri Hartamas

Tuesday, May 19, 2009

Psikologi keibubapaan from Pn Noraini Ahmad(UIAM)

Setelah lama tak update, lebih dari 2 bulan..rasanya gian lak nak menulis..tapi tak nak cerita pasal koje..nye tak habis nanti..

Malam tadi mengemas2 nak cari document utk buat recruitment checklist/form ( keje lagi..komited u!) terjumpa lah presentation material nii, dlm hardcopy la, ingat balik benda ini masa kat EM dulu buat program 3K - keluarga, kerjaya n kecemerlangan..tahun 2005 klu tak silap! ingat lg team HR ( Azleena/Hana/Mas/Kak Umi/Cema/Rozen/Suzen/Suila ) buat projek ni, hasilnya mmg best, So one of the speaker yg kami pggl ialah Pn Noraini Ahmad, kaunselor UIAM.

Memandangkan ke4-4 anak2 ku yng sekarang ni senang membesar,artikel ni byk benor pekdahnya utk dishare ...

Secara ringkasnya :

3 strategi mengukuh hubungan ibu-bapa-anak

1.Ibu bapa profesional 2. Komunikasi 3. Pendekatan Psikologikal

- Gembira, tenang, selesa ketika berada di rumah (klu blh kerjapun dr rumah)
- Seringkali bergurau senda dengan anak-anak
- Keluarga hormat-menghormati antara satu sama lain
- Terima kehadiran atau kunjungan rakan anak-anak (jarang, org KL tak kot, kat Bentong dulu tak larat nak terima )
- Lebih mendengar daripada mengkritik
anak2 I pebgkritik hebat, kalah pengkritik AF)
- Elak pertelingkahan di hadapan anak-anak ( ho-ho..takdela yg besar2, bengang2 tu biasala )
- Kadang kala bawa pulak hadiah (petang mesti ada buah tgn punya la )
- Usap kepala tanda amhil berat ( emm..jarang buat yg ni.)
- Gembira melihat anak2 membesar ( memang happy siap tambah, dan tambah..)
- Makan bersama anak2 ( jgn lupa doa sblm & slps.."allahhuma bariklana..:DIK PINK")
- Berwajah ceria ketika berbual ( senyum!)
- Memahami perasaan anak2..

4 Konsep Mendidik

Lakukan untuknya => bantu ia melakukannya=> Perhati ia melakukannya=> Biar ia melakukannya sendiri

Dasar-dasar Medidik ( mengikut Islam & sunnah Rasulullah )

7 tahun pertama ; Bermain ( Princess PINK & Duke FAHIYM)

7 tahun kedua ; Mendisiplin ( Dear SHA & Sweet Blossom HUSNA)

7 tahun ketiga ; Sebagai kawan ( very soon..Sweet Blossom HUSNA)

7 tahun keempat; sebagai dewasa


Mengariskan Peraturan

Arahan Mudah, Beri Sebab, Beri Akibat

Menguatkuasakan Peraturan

Ganjaran, Amaran, Denda & Diamkan

Syarat - Tegas, Konsisten, perikemanusiaan

Hukuman
- Tidak dikenakan kepada nak kecil kurang dari 1 tahun
- Perlu diberi secepat mungkin, iaitu setelah kesalahan dibuat
- Kanak2 perlu faham sebab2 hukuman diberi
- Hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan


SEKIAN - Amal-amalkan & Selamat Beramal...eftie_kbc_SHKL

Saturday, March 14, 2009

One moment in time...

 
Posted by Picasa


Each day I live
I want to be a day to give the best of me
I'm only one, but not alone
My finest day is yet unknown
I broke my heart for every gain
To taste the sweet, I faced the pain
I rise and fall,
Yet through it all this much remains

I want one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel, I will feel eternity

I've lived to be the very best
I want it all, no time for less
I've laid the plans
Now lay the chance here in my hands

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will feel, I will feel eternity

You're a winner for a lifetime
If you seize that one moment in time
Make it shine

Give me one moment in time
When I'm more than I thought I could be
When all of my dreams
Are a heart beat away
And the answers are all up to me
Give me one moment in time
When I'm racing with destiny
Then in that one moment of time
I will be, I will be, I will be free

I will be, I will be free

p/s ni antara lagu2 terakhir yang aku dengar...sangat mendalam maknanya but hanya yang mengerti sahaja yang tahu...eftie sign off petra 13/03/2009

Thursday, February 26, 2009

Alam kehidupan ku yang lagi satu..

i am not only have two lifes - family & career ..but i have another life..as a student on part time basis. Kira hidup tiga alam lah! Aku belum lagilah sampai tahap buat master or Phd ( insyallah lepas nih ),aku baru je 1st degree@OUM kelas kat UNISEL, kira aku ni pun dah ada dip,degree, master n Phd iaitu jumlah anak-anak aku..he ! he ! tulah now selepas berhempas pulas melahirkan kuota yang secukupnya i konsentrate study..


- gambar WAN FIRNAS HURYNNUHA, 2 years (2009)

Patutnya 2009 ni aku dah final year tapi Aku dah cuti dekat 2 tahun masa pregnant anak last aku ( tu yang serius kat atas tuh )..yelah yang dahulu didahulukan...

Hehh ( mengeluh sikit ...) hari ni bila jadual final keluar aku jadi tak keruan, baru sedar dah 2 bulan sems baru tapi buku2 cuit sikit-sikit,now sapa yang susah!Padahal, last sems dah dapat pengajaran yang sama, tak insaf gak..

6 dan 7 March ni aku ada Mid Term Exam
13 March deadline for assingment
1,2 & 4 April Final Exam

Parah gua!!

Kalau fikir2 kenapa la aku susah2 kan kepala dengan study lagi?? Nak naik pangkatlah tu, itulah yang kita akan disogokkan bila orang tahu..jangan risau..bila pi kelas weekend, ramai geng kita...memang now i can say dah ramai yang sedar keperluan belajar utk meningkatkan nilai diri, byk U yang bt part time, KLK, PJJ khas utk org belajar, no matter u TUA or not ??

Aku ada simpan satu pepatah Inggeris which I think will answer the reason why should I study. "Natural ability will always shine, but QUALIFICATIONS may get you through the door"

Tapi kalau tak ada pepatah tupun, Islam memang menuntut kita untuk menimba ilmu hingga ke liang lahad..bukan setakat ke negeri China..Cakap pasal China tu, simbolik gak..rupa-rupanya sekarang Bahasa Cina tu , I mean yg standard iaitu Mandarin is very important, nak cari kerja nowadays..most requirement nak u boleh chok-chek so camna..kena belajar gak..jangan marah kalau orang tak ambil kaum kita jika itu kekurangan yang boleh diperbaiki..

But, it OK, I always believe Setiap kesusahan tu kemuncaknya adalah kesenangan dan it is never too late to study n better late than never! ...eventually it is to achieve your self actualisation..at last

Di sini aku nak bagi tips bagi yang nak menyambung pelajaran

- Hubby n anak2 yang banyak menyokong, thanks n i luv u all


1.First sekali dapatkan restu dan sokongan suami dan anak2 ( terangkan kenapa Mama/Papa study balik ? ), kalau belum kawin of course la mak ayah, kalau ada adik beradik ni lagi baik..nanti depa akan tolong sikit2..tak kisahlah dr segi moral or monetary

2.Kalau dapat member to start together lagi baik sebab nanti u both akan support each other, nak buat study couple/group pon sonang ( tapi aku lebih suka belajar sendiri )

3.Consult your boss, kalau your co ada polisi yg mengalakkan staff nye belajar, grab the oppurtunities, kalau takde let them know also, but you have to ensure study you tak menjejaskan kerja u all tau..u belajar mesti untuk peningkatan kerjaya kan..

4.Check financial, kalu boleh takyah tambah hutang baru..now yuran blh byr secara instalment, or boleh pakai EPF, kena potong baget shopping tuh..

5.Check keupayaan kita, are you ready, mentally, physically n spiritually? Sebab u kena kuat, tak leh hangat2 taik kambing..n ia akan ambil masa yang lama

6.Pembahagiaan masa - macam aku ada 4 anak, camna tu..well, kena pandai ( he he ) jangan curi time dia org termasuk husband, spend time subuh 1 jam sehari pun ok utk mentelaah, klu study on-line buatla selang smlm..takyah tiap-tiap malam, nanti husband bising beb, faham2 la..

7.Dan last sekali, do the best n ensure you finish what you have start..hanya dengan ilmu kita kan lebih dihormati ..fikir-fikirkan..

GOOD LUCK! to me n to you yang berminat nak menimba ilmu lagi..

Wednesday, February 25, 2009

Tak mungkin kerana sayang




TAK MUNGKIN KERANA SAYANG ( ALYAH )


Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti


eftie ; i don't like the singer; but i like this song kerana ia memberi jawapan yang jika kekadang teringat orang yang pernah singgah di hati kita ; bukanlah bermakna kita masih sayang, or in love..kerana TAK MUNGKIN KERANA SAYANG! ( Benci adala, tapi mengapa harus membenci? Kena lak cari lagu yang boleh jawab! )

Tuesday, February 17, 2009

Berbaktilah tatkala kau punya mereka




Aku dah lama simpan artikel (dan byk blog yg siarkan..but it is very true..i talk as ibu n anak ) ni dr bln 1 tu hari..tiba2 pagi ni baca news SITI NUR HALIZA..nangis aku, ABAH pun macam ABAH dia..moga ABAH kami panjang umur..

Penuhi permintaan ibu bapa lebih baik daripada jihadOleh Lokman Ismail ( adapt from Groups.yahoo.com/group/mymasjid )


SETIAP anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa demi membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Antara bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

Memberi nafkah.

Andai ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Jika bekerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami, menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

Memberi kasih sayang.

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini dicurahkan ibu bapa. Jadi, seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil." (Surah al-Isra, ayat 24)

Memberi perhatian.

Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak dipedulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa, sedangkan mereka mampu menjaga dan membesarkan beberapa anak.

Memenuhi permintaan.

Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat dan seumpamanya.

Malah, keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama daripada berjihad di medanperang. Diriwayatkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad SAW: "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?" Lalu Baginda bersabda: "Sembahyang pada waktunya." Kemudian apa?" tanya saya lagi. Baginda menjawab: "Berbakti kepada kedua ibu bapa." Saya bertanya: "Apa lagi." Jawab Baginda: "Berjihad pada jalan Allah."

Melakukan apa yang disukai.

Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: "Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa. Maka, sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati."

Bercakap dengan lemah lembut.

Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendak direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua-dua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'cis' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi, berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut." (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

Menghadiahkan kejayaan.

SITI NURHALIZA ADALAH IKON TERBAIK ...yg menghadiahkan kejayaan kepada ibubapa & famili, kemudian barulah mencari cinta..

Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

Meluangkan masa bersama-sama.

Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi mereka. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.

Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka meninggal dunia.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya." (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil. Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya...

eftie : Jika kau rasa ibubapamu pilih kasih terhadap kamu adik-beradik, carilah jawapannya tatkala nanti kau jadi ibu atau bapa, adakah kau membeza-bezakan kasihsayangmu terhadap anak-anak. Berbaktilah tatkala kau punya mereka..jangan dikesali jika mereka nanti meninggalkanmu...TODAY ; 17/02/2009 ( KEPT AS DRAFT :16/01/2009)


Friday, January 23, 2009

Letting Go n Face it...1 year ago


23 Januari..tahun lepas ari inilah aku membuat keputusan yang amat besar.. aku memberi notis bertulis untuk meninggal kerjaya aku di co yg telah aku berkhidmat sejak 12 tahun yang lalu, pekerjaan pertama aku selepas habis diploma ITM aku..

Entahlah, apa yang menguatkan semangat aku, padahal masa tu takde satu offer kerja lain pun yang aku ada..just aku rasa aku kena resign..3 bulan serve notis pun dah takde feeling, boss, friends n anak buah suruh stay..I can stand with stress, but not frustation..kenapa nak resign padahal kan dah lama kerja..sampai hari ini, walaupun dah setahun tak siapa yang benar-benar tahu n faham the real reason why? ..tak perlu faham..buat apa nak faham dah happened!..he!he! Jangan la serious sangat dalam mengharungi hidup ini..( lesson yg aku dpt lepas berenti..) & my secrets how i can & will survive..




photo"Bank of Commerce table calendar 1997 from eftie collections"

PATIENCE ( rahsia pokok kelapa di pantai..penuh pengertian ) , Keep thing easy, Islam pun menyuruh umatnya bersederhana, minta dipermudahkanNYA segala hal..jangan susah2..

Usah dikenang perkara yang lepas - itulah yang selalu kita dengar, tapi bolehlah kita melupakannya?? tempat kerja macam rumah ke2 kita tapi kalau kita congak2 masa yang kita spend kat tempat kerja lebih banyak dari rumah..tak percaya kira..ada orang yang terlupa cari pasangan hidup dan berkeluarga kerana komitmen kerja..jangan ye..

Dan..kita perlu belajar dari apa yang pernah kita lalui..sejarah lah mengajar kita supaya lebih maju dan tidak dijajah,dizalimi dan dianiayai lagi..anyhow..aku tidaklah menyesal dengan keputusan yang aku buat, yang patah tumbuh yang hilang berganti..what happen to us must be a very good reason for that. Lastly, Jangan takut buat keputusan dalam hidup, ..life must goes on...let go n face it!!!

Letting Go
To let go doesn't mean to stop caring; It means I can't do it for someone else.
To let go is not to cut myself off....It's the realization that I can't control another.....

To let go is not to enable, but to allow learning from natural consequences.

To let go is to admit powerlessness,which means the outcome is not in my hands.
To let go is not to try and change or blame another,I can only change myself.

To let go is not to care for, but to care about. To let go is not to fix, but to be supportive.

To let go is not to judge,but to allow another to be a human being.

To let go is not to be in the middle arranging all the outcomes, but to allow others to affect their own outcomes.

To let go is not to be protective,It is to permit another to face reality. To let go is not to deny, but to accept.

To let go is not to nag, scold, or argue, but to search out my own shortcomings and correct them.

To let go is not to adjust everything to my desires, but to take each day as it comes and cherish the moment. - author;unknown, source ;HR Networking,

Eftie ; To let go is not that easy as to get it..




























Saturday, January 10, 2009

DIB'96 ITM ARAU REUNION



10.01.2009, Sat, Gombak.

Sedar tak sedar sudah hampir 13 tahun kami meninggalkan bumi Perlis itu, di sana tempatnya ITM Arau, the best ever place for friendship n love ( for some of us..who met their soul mate there.. )



Tak pernah terfikir nak "tercampak" ke utara tu.. July93 "gonjeng" je masing register..muka innocent gile...( jangan tak ngaku lak...)

actually ni attempt ke-2 utk berkumpul , coz dalam tahun 2006, sempena 10 tahun grad.. I have initiated, but tak proceed coz tak betul2 plan n form task committee..now insyallah..n dah ada blog forum kami sendiri..http://dib96.tk/ jd mmg mudah utk berhubung n mengenang kembali nostalgia..n facebook, friendster, email, sms ..mmg no reason utk tidak menyemarakkan kembali ikatan kekawan...

Thanks to Beth,Lun,Nair n sapa je yg berkenaan yg berkerja keras untuk misi reunion kita ni...

Personally, antara benda yang I nak improve n balance is my friendship or people relation, mungkin 10 tahun kebelakangan ini banyak benda yang I tertinggal, patutlah stress memanjang..kadang2 surrounding n environment memaksa kita adapt n adjust dengan apa yang ada, mata dan hati tertutup pada benda yang penting dalam kehidupan..kita selalu terlupa adanya orang lain who cares about us others than our close famili members...

Untuk member2, jumpa disana !!! - 14-16 March 2009, Teluk Batik...




Dalam Gambar Kelas B - Bang Art,Nizam, Zul
eftie,Ayu,Muni,Yati,Ina, Elly, Mai,Ada,Dillah,Yati,Kuna & Rokiah..


p/s ..Byk lg gbr dalam blog forum...

Simple Friends vs. Real Friends

A simple friend has never seen you cry.
A real friend has shoulders soggy from your tears.

A simple friend doesn't know your parents' first names.
A real friend has their phone numbers in his address book.

A simple friend brings a goody pack to your party.
A real friend comes early to help you cook and clean.

A simple friend hates it when you call after he has gone to bed.
A real friend asks you why you took so long to call.

A simple friend seeks to talk with you about their problems.
A real friend seeks to help you with your problems.

A simple friend wonders about your romantic history.
A real friend could blackmail you with it.

A simple friend, when visiting, acts like a guest.
A real friend opens your refrigerator and helps himself.

A simple friend thinks the friendship is over when you have an argument.
A real friend knows that it's not a friendship until after u've had a fight.

A simple friend expects you to always be there for them.
A real friend expects to always be there for you!

A simple friend will read and throw this letter away.
A real friend will keep sending it until he's sure it's been Received.
....adapt from http://www.piffe.com/inspiration/

eftie ;
"Don't ask me am i your real friend;ask ourself am i your real friend"

p/s ; Faham tak ? Maksudnya kalau kita nak jadi real friend pd kawan kita, kita dulu kena jadi real friend depa ( wah..depa..melekat juga loghat utara..no..taksat lagi kita boleh jumpa.. ) end 01.30 am

Thursday, January 8, 2009

Anak-anakku yang empat


Salam,

Ini adalah coretan pertama untuk tahun 2009 selepas 7-8 hari berganjak ketahun baru.
Sebenarnya, mengakhiri tahun 2008 adalah sesuatu yang FT nanti-nanti..bukan apa terlalu banyak benda2 penting berlaku dalam tahun tu..sangat mencabar dan alhamdulillah semuanya dipermudahkanNya.

So untuk topik pertama, i would like to talk about my kids ( they are my strength ..)


Tahun 2009 ini ..

My Beauty One WAN FARHAH HUSNA@Kak Long/Una masuk Std 5
My Dear WAN FIRSHA HUMYRAH@Angah/Shasha Std 2
My Only Son WAN FAHIYM HUZEN@Abang start his kindergarten
My Little Princess WAN FIRNAS HURYNNUHA@Dik Pink sian dok umah no friends..


So, start je sekolah, memang terasa sangat kesibukannya, takde masa untuk melayan diri sendiri ( I mean masa membelai diri sendiri n buat something utk reward ourself ) but it ok coz mum always put their children as top priority..

Bukan itu saja, perbelanjaan pun bertambah so memang kena baget betul-betul...
Now, even jarak rumah ke sekolah dekat, a walking distance but for safety purpose, tak sanggup nak lepaskan sahaja, kita taulah masa sekarang, mana ada selamat, biarlah berbelanja lebih sikit janji selamat..

Begitu juga dengan dilemma samada nak hantar si Abang tu Tadika gomen or private..kalau nak save hantar je Tadika Perpaduan or Kemas but then puas hati kah kita dengan hasilnya..so I decided to send him to private, yuran dia toksah cakaplah RM berapa..bukanlah nak berlagak but for me education is something u cannot tolerate..also based on my exp htr K/long to Tadika Kemas n Angah to Smart Reader,
lain sekali produk keluarannya, the investment is worth enough, somemore it is for their future..

Anyhow..I do hope 2009 will be a better year for every body yaaa..

"KEHIDUPAN ADALAH UNTUK DINIKMATI, KETIKA SENANG DENGAN KESYUKURAN, KETIKA SUSAH DENGAN KESABARAN, INSYALLAH DIBERKATI & DIPERMUDAHKANNYA..AMIN"

Me, My Self & I ...

My photo
I just wanna give the BEST of me to MY ALL....Ya ALLAH, permudahkanlan urusan kami... Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,,dan hanya engkau tahu yang terbaik untuk kami...

Popular Posts