Setelah lama tak update, lebih dari 2 bulan..rasanya gian lak nak menulis..tapi tak nak cerita pasal koje..nye tak habis nanti..
Malam tadi mengemas2 nak cari document utk buat recruitment checklist/form ( keje lagi..komited u!) terjumpa lah presentation material nii, dlm hardcopy la, ingat balik benda ini masa kat EM dulu buat program 3K - keluarga, kerjaya n kecemerlangan..tahun 2005 klu tak silap! ingat lg team HR ( Azleena/Hana/Mas/Kak Umi/Cema/Rozen/Suzen/Suila ) buat projek ni, hasilnya mmg best, So one of the speaker yg kami pggl ialah Pn Noraini Ahmad, kaunselor UIAM.
Memandangkan ke4-4 anak2 ku yng sekarang ni senang membesar,artikel ni byk benor pekdahnya utk dishare ...
Secara ringkasnya :
3 strategi mengukuh hubungan ibu-bapa-anak
1.Ibu bapa profesional 2. Komunikasi 3. Pendekatan Psikologikal
- Gembira, tenang, selesa ketika berada di rumah (klu blh kerjapun dr rumah)
- Seringkali bergurau senda dengan anak-anak
- Keluarga hormat-menghormati antara satu sama lain
- Terima kehadiran atau kunjungan rakan anak-anak (jarang, org KL tak kot, kat Bentong dulu tak larat nak terima )
- Lebih mendengar daripada mengkritik
anak2 I pebgkritik hebat, kalah pengkritik AF)
- Elak pertelingkahan di hadapan anak-anak ( ho-ho..takdela yg besar2, bengang2 tu biasala )
- Kadang kala bawa pulak hadiah (petang mesti ada buah tgn punya la )
- Usap kepala tanda amhil berat ( emm..jarang buat yg ni.)
- Gembira melihat anak2 membesar ( memang happy siap tambah, dan tambah..)
- Makan bersama anak2 ( jgn lupa doa sblm & slps.."allahhuma bariklana..:DIK PINK")
- Berwajah ceria ketika berbual ( senyum!)
- Memahami perasaan anak2..
4 Konsep Mendidik
Lakukan untuknya => bantu ia melakukannya=> Perhati ia melakukannya=> Biar ia melakukannya sendiri
Dasar-dasar Medidik ( mengikut Islam & sunnah Rasulullah )
7 tahun pertama ; Bermain ( Princess PINK & Duke FAHIYM)
7 tahun kedua ; Mendisiplin ( Dear SHA & Sweet Blossom HUSNA)
7 tahun ketiga ; Sebagai kawan ( very soon..Sweet Blossom HUSNA)
7 tahun keempat; sebagai dewasa
Mengariskan Peraturan
Arahan Mudah, Beri Sebab, Beri Akibat
Menguatkuasakan Peraturan
Ganjaran, Amaran, Denda & Diamkan
Syarat - Tegas, Konsisten, perikemanusiaan
Hukuman
- Tidak dikenakan kepada nak kecil kurang dari 1 tahun
- Perlu diberi secepat mungkin, iaitu setelah kesalahan dibuat
- Kanak2 perlu faham sebab2 hukuman diberi
- Hukuman hendaklah setimpal dengan kesalahan
SEKIAN - Amal-amalkan & Selamat Beramal...eftie_kbc_SHKL
It's about my all - myself, family, friends, career and especially stories about my five kids....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Me, My Self & I ...
- eftie
- I just wanna give the BEST of me to MY ALL....Ya ALLAH, permudahkanlan urusan kami... Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,,dan hanya engkau tahu yang terbaik untuk kami...
Popular Posts
-
- eftie's paradise- Petua Pindah Rumah / Rumah Baru.... At last kami sefamili akan pindah jua pada 27.11.2009 sempena aidiladha, insyal...
-
hello anybody home? dah lama tak menulis .. last dr langkawi feb2012 kan.. oh except posting fil passed away last year aug/sept... Selain...
-
Ya..Allah, hanya diri Mu yang mengerti syahdunya hati ini menyambut Ramadhan tanpa ABAH yang tersayang lagi.. Terbayang juga kerinduan EMAK ...
2 comments:
Muka angah tetap yang ternakal. Hehehehehe
assalammualaikum, secara kebetulan saya terbaca tulisan ni dan sangat terharu. Kertas kerja saya masih dimanfaatkan, alhamdulillah. Semoga keluarga puan bahagia dunia akhirat. Ameen..... NORAINI AHMAD UIAM
Post a Comment